Smart Coco A+

FORTUNE Resources, pengeluar produk minuman SMART COCO A+ (Smart Coco A+) milik penuh Bumiputera, mengunjurkan peningkatan jualan 10,000 kotak sebulan menjelang suku pertama 2010 berbanding 4,000 kotak sebulan yang dicatatkan ketika ini.

 

Pengasasnya, Aida Murni Ismail, berkata pihaknya yakin sasaran itu dapat dicapai memandangkan Smart Coco A+ yang dilancarkan Januari lalu semakin mendapat sambutan memberangsangkan iaitu peningkatan 200 peratus jualan berbanding 200 kotak sebulan pada awal pelancaran.

 

Beliau berkata, minuman itu yang mengandungi koko, ginkgo biloba, kismis dan madu dijangka dapat membantu memperbaiki IQ serta minda, meningkatkan daya ingatan dan memori serta tahap kecerdasan minda.

 

Menurutnya, bagi mengukuhkan lagi pasaran, pihaknya turut merangka strategi perniagaan lebih kukuh merangkumi penambahan jumlah pengedar dan stokis di seluruh negara serta pengenalan produk baru.

 

“Ketika ini kami mempunyai 15 stokis dan mensasarkan peningkatan 30 stokis menjelang akhir 2009 dan 50 lagi menjelang suku pertama 2010.

 

“Kami merancang menambah 150 pengedar menjelang suku pertama 2010 berbanding 50 pengedar yang dicatatkan ketika ini,” katanya kepada Bisnes Metro di Kuala Lumpur, semalam.

 

Mengulas lanjut, beliau berkata, unjuran berkenaan turut disokong dengan pengembangan perniagaan yang mampu menembusi pasaran Singapura, Vietnam dan Jordan selepas empat bulan beroperasi.

 

Katanya, berikutan itu, pihaknya merancang untuk menembusi pasaran Brunei, Indonesia, Bangladesh, Dubai, Arab Saudi dan China menjelang 2010.

Smart Coco A+ dapat sambutan

(Harian Metro, 27 Julai 2009)

Kini anda boleh membuat tempahan secara online

© 2009-2014 SmartCoco.com

Semua hakcipta terpelihara.